Syeikh Muhammad ldris al‑Marbawi, Penyusun Kamus al-Marbawi & Bahrul Mazi Terkenal
Syeikh Muhammad ldris bin Abdul Rauf al‑Marbawi, lebih tersohor sebagai tokoh persuratan Arab-Melayu di kalangan masyarakat Malaysia dan Nusantara. Kamus al‑Marbawi yang telah dihasilkan pada tahun 1927 telah memasyhurkan beliau sehingga ke hari ini. Biarpun usia kamus tersebut sudah hampir 80 tahun, khazanah ilmu ini terus digunakan oleh pengkaji, pelajar, dan masyarakat di Asia Tenggara.
Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu kira‑kira pada tahun 1913.
Sejak dari kecil lagi, al‑Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Sekembalinya ke tanah air beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak.
Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok‑pon…