Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu kira‑kira pada tahun 1913.
Sejak dari kecil lagi, al‑Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Sekembalinya ke tanah air beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak.
Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok‑pondok yang merupakan institusi pendidikan Islam yang terpenting di alarn Melayu ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al‑Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.
Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkannya agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali semula ke Mekah. Bagaimanapun syor ayahandanya itu tidak menjadi prioriti al‑Marbawi ketika itu kerana beliau. ingin berumah tangga dan bekerja sebagai guru. Beliau meneruskan hasratnya untuk berkahwin dengan gadis pilihannya dan pada waktu yang sarna mematuhi kehendak bapa supaya mendalami ilmu Islam di Mesir.
Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al‑Azhar. Di sana beliau menggondol kejayaan yang membanggakan keluarganya dan masyarakat, iaitu memperoleh ijazah tertinggi dari universiti tersebut. Sebenarnya al‑Marbawi merupakan anak kelahiran Perak yang pertama meneroka pengajian Islam di Mesir.
Sebagai angkatan pertama, yang baru mengenal suasana di sana, al-Marbawi mendapati masalah komunikasi dengan bahasa Arab menjadi masalah utama dan paling besar di kalangan anak Melayu. Bermula dari sinilah timbul idea untuk menyusun sebuah kamus Arab-Melayu dan usaha tersebut telah dimulakan secara kolektif bersama lima orang lagi rakannya. Tetapi usaha tersebut terpaksa disiapkan bersendirian lantaran penarikan diri rakan‑rakannya. Walaupun bersendirian, beliau nekad untuk menyudahkan kamus tersebut.
Keringat, keazama dan kesabaran al‑Marbawi terbalas juga apabila kamus tersebut berjaya disudahi pada tahun 1927. Kamus itu diulang cetak puluhan kali kerana sambutan yang amat menggalakkan di kalangan pelajar Asia Tenggara. Kejayaan menyusun kamus ini telah menjadi langkah pertama kepada al‑Marbawi untuk mengorak langkah seterusnya dalam. penghasilan karya Islam yang lain.
Amat perlu dinyatakan bahawa beliau sebenarnya tidak membataskan diri dan kesarjanaannya hanya dalarn bidang bahasa semata‑mata bahkan, beliau mendalami pelbagai ilmu Islam. Beliau juga menghasilkan puluhan karya dalam bidang tersebut. Ada antara karya beliau diterbitkan dan terdapat juga yang masih dalam bentuk manuskrip. Karya‑karya beliau yang dihasilkan ‑ melebihi 20 buah karya. ‑ dalam pelbagai disiplin ilmu ini membuktikan ketajaman pemikiran, kedalaman ufuk ijtihad, dan kewibawaan beliau dalam pengajian ilmu‑ilmu Islam.
Walau bagaimanapun, kemasyhurannya lebih ditonjolkan dalam dunia persuratan Arab‑Melayu berbanding kepakaran lain. Apatah lagi, beliau pernah dianugerahi ijazah Kehormatan Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980. Pada enam tahun berikutnya beliau dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Malaysia yang pertama iaitu pada tahun 1408 Hijrah. Kedua‑dua anugerah yang diterima ini sebagai mengenang jasa yang dituang oleh beliau dalam bidang persuratan Arab‑Melayu dan ilmu Islam.
Selain kaum Arab-Melayu, al‑Marbawi telah menghasilkan karya yang penting dalam bidang hadis. Antara tulisan beliau dalam bidang tersebut ialah Bahrul Mazi yang merupakan ringkasan dan ulasan kepada sunan al-Tirmizi. Selain itu kitab terjemahan Sahih Bukhari, kupasan kitab Bulughul Maram dan karya berjudul Idaman Guru merupakan tulisan yang mengupas mengenai hadis‑hadis sahih Bukhari dan Muslim.
Kitab Bahrul Mazi merupakan salah satu sumbangan terpenting beliau dalam pengajian Hadis di Malaysia. Bahrul Mazi ialah kitab hadis bertulisan jawi terbesar dan antara yang terawal pernah wujud di alam Melayu. Karya ini amat padat dan mendalam, bahkan dikatakan telah menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadis di rantau ini. Karya ini memuatkan ulasan dan huraian hadis dalam bentuk Fikah, aqidah, tasawuf, dan muamalat.
Kelainan dan keistimewaan kitab ini amat jelas, apatah lagi ulasan al‑Marbawi mengikut acuan dan warna masyarakat Malaysia. Karya ini memberi nafas baru kepada pemahaman hadis‑fiqh secara mendalam di samping mendidik masyarakat Malaysia tentang perhubungan intim kedua‑duanya. Hadis ialah asas kepada bidang ilmu Islam yang lain.
Al‑Marbawi juga turut menterjemahkan kitab Bulughul Maram iaitu sebuah karya hadis yang disusun berdasarkan bidang Fiqh oleh seorang tokoh hadis ternama iaitu Ibnu Hajar al‑Asqalani ke dalam bahasa Melayu. Dua karya dalarn bidang hadis berbahasa Melayu ialah antara karya yang penting, sulung, dan terbesar pernah dihasilkan oleh seorang ulama Nusantara.
Dalam bidang Tafsir al‑Quran pula, beliau telah menulis tafsir Surah Yasin, Tafsir al‑Quran al-Marbawi, Tafsir al‑Quran Nur al‑Yakin, Terjernahan Tafsir Fath al‑Qadir, Tafsir Juz Amma, Tafsir Al-Fatihah, dan sebuah karya berjudul Quran Bergantung Makna.
Selain dua bidang tersebut al‑Marbawi juga telah menghasilkan tulisannya dalam bidang Fiqh, aqidah, dan Falsafah. Antara tulisan beliau ialah kitab Asas Islam, Kitab Nizam alHayah, Kitab Pati Hukum‑hukum Ibadah, Kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, sebuah ensiklopedia yang dinamakan sebagai Kamus Segala Ilmu, Karya berjudul Punca Agama, Perbendaharaan Ilmu, dan banyak lagi.
Terdapat banyak lagi tulisan beliau dalam bentuk manuskrip yang belum sampai kepada kita. Keperibadian, kewibawaan, dan kesarjanaan al‑Marbawi telah menjadikan beliau salah seorang tokoh Islam yang ulung di Rantau ini. Walaupun sebahagian besar usia dan masanya dihabiskan di luar negara tetapi jasa beliau kepada anak bangsa tidak ternilai besarnya.
Sepanjang hayatnya, al‑Marbawi membuktikan betapa perlunya seseorang anak bangsa memberikan sumbangannya kepada bangsa, agama, dan negaranya. Beliau telah mengabdikan dirinya sebagai seorang penulis Ilmu Islam yang tidak pernah mengenal erti kerehatan.
Pada tanggal 13 Oktober 1989 bersamaan 13 Rabiulawal 1409 Hijrah, al‑Marbawi menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Ipoh pada jam 8.40 pagi. Pemergiannya pada usia 96 tahun itu semestinya di samping anak cucu tercinta. Jenazahnya telah disemadikan di pusara Kampung Lubuk Merbau, kampung keluarganya.
Semoga Allah merahmati rohnya.
Sumber:
Dewan Agama, Jun 2004
Info!
Terima kasih telah membaca artikel kami yang berjudul: Syeikh Muhammad ldris al‑Marbawi, Penyusun Kamus al-Marbawi & Bahrul Mazi Terkenal, jangan lupa + IKUTI website kami dan silahkan bagikan artikel ini jika menurut Anda bermanfaat. Simak artikel kami lainnya di Google News.
Artikel Terkait
Dukung kami dengan memilih salah satu metode donasi di bawah ini: