Tatkala berusia 9 tahun, bonda beliau, Syarifah Syifa’ binti Musthofa as-Saqqaf, meninggalkan dunia yang fana ini. Habib Hadi kemudian dibawa ayahandanya ke Qathan, Hadhramaut. Di Hadhramaut, selain menuntut ilmu daripada ayahandanya, Habib Hadi turut menimba ilmu pengetahuan dengan para ulamanya. Habib ‘Abdullah bin ‘Umar, ayahanda Habib Hadi, meninggalkan dunia yang fana ini ketika Habib Hadi baru berusia 11 tahun. Maka tinggallah Habib Hadi di Hadhramaut bersama adiknya, Habib Muhammad bin ‘Abdullah dalam kehidupan yang amat sederhana. Habib Hadi menjaga adiknya tersebut dengan penuh kasih-sayang dan tanggungjawab. Beliau sentiasa mendahulukan adiknya berbanding dirinya.
Setelah ayahandanya meninggal dunia, Habib Hadi belajar dengan Habib Muhammad bin Hadi As-Saqqaf (gambar di sebelah) di Kota Seiwun. Habib Muhammad bin Hadi ini adalah murid dari Habib Ali bin Muhammad bin Husein Al-Habsyi, Shohibul Mawlid Simthud Durar. Di majlis ta’lim Habib Muhammad ini, Habib Hadi belajar bersama dengan Habib ‘Abdul Qadir bin Husein As-Saqqaf (ayahanda Habib Taufik as-Saqqaf, Pasuruan).Selain belajar, Habib Hadi tidak pernah lalai melakukan amal-amal nafil sebagai upaya bertaqarrub kepada Allah. Setiap malam, Habib Hadi bermunajat, berdzikir dan mengamalkan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT, manakala siang harinya beliau berpuasa. Kesungguhannya ini telah terlihat sejak kecil lagi, dan inilah antara sebab gurunya, Habib Muhammad, memberikan kedudukan yang istimewa kepada beliau di tengah murid-muridnya. Dalam mengajar, Habib Muhammad selalu menyediakan tempat duduk di sampingnya dalam keadaan kosong, dan tidak pernah ada seorang pun dari murid-muridnya yang berani menempati tempat duduk yang kosong itu. Tempat duduk yang kosong itu adalah tempat duduk Habib Hadi bin Abdullah Al-Haddar. Pada umur 20 tahun, Habib Hadi pulang ke Indonesia melalui Surabaya. Ketibaannya isambut oleh saudara-saudaranya yang ketika itu sudah berjaya dalam perniagaan mereka i Surabaya, seperti Habib Ahmad (pemborong jalanan), Habib Muhamad (pedagang beras), Habib Mustafa (saudagar kopra). Tetapi, Habib Hadi menolak semua sambutan yang meriah, bahkan beliau menolak pakaian yang sudah dipersiapkan oleh saudara-saudaranya tersebut.
Walaupun saudara-saudaranya telah menjadi saudagar yang berjaya, namun Habib Hadi tidak terpikat untuk bergabung dengan saudara-saudaranya tersebut. Sebaliknya beliau mengambil keputusan untuk menjual kain sarung dan kain batik di pasar. Melihat beliau berjualan kain di pasar, menyebabkan saudara-saudaranya marah dan mengambil keputusan untuk memaksanya bekerja dengan mereka di perlabuhan. Demi untuk tidak menghampakan saudara-saudaranya tersebut, Habib Hadi akur dan beliau diberikan amanah bekerja di bahagian menimbang kopra. Hari pertama memulakan kerja, Habib Hadi singgah ke pasar dahulu sebelum ke perlabuhan. Di pasar beliau membeli nisan dan nisan tersebut dibawanya ke tempat kerja di perlabuhan. Nisan kayu itu diletaknya di bawah timbangan dan selalu ditaburi bunga yang masih segar. “Saya kalau menimbang kopra selalu ingat nisan yang ada di bawah timbangan. Dengan mengingat nisan ini, saya selalu ingat akan mati, maka timbangannya harus betul. Karena yang saya timbang ini akan dipertanggungjawabkan, kelak di hari kiamat,” kata Habib Hadi mengomentari tingkahnya yang selalu membawa nisan saat bekerja.
Ternyata pekerjaannya itu tidak sesuai dengan jiwanya, maka kemudian beliau berhenti kerja. Beliau menumpukan lebih masa beribadah dan menghadiri majlis-majlis ta’lim dan acara-acara haul para ulama dan habaib yang tersebar di seluruh Jawa. Untuk menafkahi keluarganya, Habib Hadi kembali berdagang kain. Dalam berdagang, beliau sentiasa bersikap jujur. Beliau memberitahu harga yang sebenarnya barang yang dijualnya kepada pembelinya. “Boleh kamu kasih (beri) ongkosnya, atau lebihkan sedikit dari barang ini,” kata Habib Hadi kepada para pembelinya. Pernah Kiyai Haji Hasan ‘Abdillah, salah seorang ulama ternama di Glenmoore, Banyuwangi, berkata kepada Habib Hadi:- “Habib, anda tidak ditipu sama orang dengan berjualan seperti itu?” “Biar orang-orang menipu saya. Yang penting, saya tidak menipu sama orang lain,” kata Habib Hadi kepada KH Hasan ‘Abdillah.
Habib Hadi wafat pada usia 65 tahun dengan meninggalkan 8 orang anak (1 putra, 7 perempuan), pada Khamis, 4 Muharam 1393 H (8 Februari 1973). Jenazah beliau kemudian dishalati dengan diimami Habib ‘Abdul Qadir bin Husein As-Saqqaf Pasuruan (gambar di sebelah) dan dimakamkan di komplek makam Blambangan, Lateng, Banyuwangi. Moga-moga Allah mencucurkan rahmat kasih sayangNya yang tidak berkesudahan ke atas beliau serta memasukkan beliau dalam diwan awliya’Nya yang dimuliakan……. al-Fatihah.
http://bahrusshofa.blogspot.com
Info!
Terima kasih telah membaca artikel kami yang berjudul: Habib Hadi bin ‘Abdullah bin ‘Umar bin ‘Abdullah bin Sholeh al-Haddar, jangan lupa + IKUTI website kami dan silahkan bagikan artikel ini jika menurut Anda bermanfaat. Simak artikel kami lainnya di Google News.
Artikel Terkait
Dukung kami dengan memilih salah satu metode donasi di bawah ini: