Al Habib Nuh bin Muhammad Al Habsyi
Al Habib Nuh bin Muhammad Al Habsyi
Dikisahkan bahwa Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu mengamalkan bacaan maulid Junjungan Nabi Besar Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam, tetapi kadangkala beliau meninggalkannya. ... Pada satu malam, beliau bermimpi dan dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun berpulang ke Rahmatullah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi Baginda Nabi Salallahu Alaihi Wasallam yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada Baginda Nabi Salallahu Alaihi Wasallam: “Ya RasulAllah, marilah kita ziarah kerumah kawan saya Muhammad Suhaimi.” Tetapi Junjungan Nabi Salallahu Alaihi Wasallam. enggan berbuat demikian sambil bersabda: “Saya tak hendak menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya, karena dia selalu meninggalkan bacaan maulid saya.” Habib Nuh merayu kepada Baginda Nabi Salallahu Alaihi Wasallam.: “Saya bermohonlah kepada t…