Imam Haji Morshidi
Imam Haji Morshidi
Datuk Hakim Imam Haji Morshidi yang nama penuhnya ialah Abang Haji Morshidi bin Abang Haji Narudin (Nuruddin) bin Datuk Bandar Haji Bolhasan. Beliau dilahirkan di Kuching pada tahun 1877. Beliau melanjutkan pengajian agamanya ke Makkah al-Musyarrafah dan menjadi murid kepada ramai ulama ternama di sana seperti Syaikh Haji Uthman bin Abdul Wahhab as-Sarawaki, Syaikh Wan Ahmad al-Fathani, Syaikh Mukhtar Bogor, Syaikh Muhammad Sa`id BabShail dan Sidi Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi. Setelah menahun di Kota Makkah selama kira-kira lapan tahun, pulanglah beliau ke Sarawak untuk menabur jasa mendidik anak bangsanya dengan menjadikan Masjid Tambi atau Masjid India atau nama rasminya sekarang Masjid Bandar Kuching sebagai pusat kegiatan dakwahnya. Di situlah juga Datuk Imam Haji Morshidi membuka sebuah madrasah pada tahun 1917 yang dinamakan sebagai Madrasah al-Mursyidiyyah ditukar namanya kepada Madrasah Islamiah. Dari Madrasah ini telah lahir ramai tokoh masyarakat dan agama, bahkan kebanyakan …